(RUJUK KOMEN DARI SAUDARA IRWAN, 9W2TDL, DALAM BLOG YANG LEPAS)
SAUDARA,
TERLEBIH DAHULU SAYA INGIN JELASKAN BAHAWA SAYA TIDAK AKAN MENARIK BALIK POST SAYA . SAYA BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA DI ATAS TULISAN SAYA DAN TIDAK AKAN MENYEMBUNYIKAN TANGAN SETELAH MEMBALING BATU. MEMANG SAYA PURPOSELY MELETAKKAN NAMA SAUDARA, 9W2TDL, DALAM TULISAN TERSEBUT KERANA SEMEMANGNYA SAYA RESPONS DARIPADA TULISAN SAUDARA SENDIRI DALAM MYCALLSIGN. DAN RASANYA SAYA TIDAK TERSILAP ORANG KERANA SEPERTI YANG SAUDARA KATAKAN, 9W2TDL HANYA ADA SORANG SAJA DI MUKA BUMI NI. TIDAK ADA ALASAN YANG KONKRIT UNTUK SAUDARA MEMINTA SAYA MENDELETE POST TERSEBUT KERANA TIDAK ADA UNSUR-UNSUR FITNAH DALAM TULISAN SAYA.
SAUDARA,
SAYA MENULIS BUKAN NAK MENUNJUKKAN SAYA HEBAT. SAYA JUGA SEPERTI ORANG LAIN YANG DIBERI KEBEBASAN UNTUK MENULIS. SAUDARA HARUS FAHAM BAHAWA TULISAN SAYA TERBIT ANGKARA KOMENTAR SAUDARA DALAM MYCALLSIGN. MEMANG SAUDARA TIDAK MENYENTUH ATAU MENYEBUT MANA-MANA CALSIGN TETAPI SEBAGAI SALAH SEORANG YANG BERADA DALAM KELOMPOK 9M2, BAHANG AMARAH ITU TEMPIAS JUGA PADA DIRI SAYA. SOALAN SAYA, "SALAHKAH SAYA MEMBERI KOMEN TERHADAP KOMENTAR SAUDARA?" ADILKAH SAYA DIMINTA MENARIK BALIK POST SAYA SEMATA-MATA UNTUK MENUTUP "KESILAPAN TEKNIKAL" YANG TELAH SAUDARA LAKUKAN?
SAUDARA,
ADAKALANYA KITA TIDAK SEDAR APA YANG KITA TULIS DAN KITA AKAN MELATAH APABILA ORANG MEMBERI RESPON TERHADAP TULISAN KITA. CUMA RESPON ANDA AGAK LAMBAT. SAMADA SILAP PAHAM ATAU TIDAK, SAYA MENULIS DENGAN PENGETAHUAN SEJENGKAL YANG SAYA ADA.
SAUDARA,
KATA ORANG2 ALIM, HIDUP DAN MATI, UNTUNG NASIB SESEORANG ITU TIDAK TERLETAK PADA SESIAPA. SIAPA DAN DARI MANA DATANGNYA ORANG YANG BACAKAN TALKIN ITU, BUKAN KITA PUNYA URUSAN. SELALU KITA MEMIKIRKAN HIDUP MATI ORANG LAIN...KITA TAK PERNAH RASA KOT KOT KITA YANG PERGI DULU.
SAUDARA,
HOBI MAIN RADIO NI PERKARA YANG KE 8 DALAM HIDUP SAYA. BANYAK LAGI BENDA BENDA KAT CEROK DAPOR YANG SAYA KENA PIKIR. JADI KALAU SETAKAT LATAH KOSONG SAUDARA INI, TIDAK MENJADI KUDIS BUAT SAYA. SELAMAT BELAJAR "BERHOBI" BUAT ANDA. KERANA ADANYA RASA HORMAT PADA DIRI SENDIRI DAN PERASAAN BERTANGGUNGJAWAB, SAYA KEKALKAN POST SAYA.
88 DE 9M2OUT
ARAU, PERLIS.
Thursday, April 1, 2010
9w2 : ANGER MODE
Posted by Ticer Oja at 7:57 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Puan Hanizah,
Sedikit pun tidak terbit rasa marah dalam hati saya ni semasa saya menulis komen dalam MyCallsign dan komen dalam blog Puan apatah lagi untuk melatah. Macam budak-budak. Perkara kecil sahaja. Pepatah Melayu ada mengatakan 'carik-carik bulu ayam lama-lama bertaut juga'. Tidak perlu dipanjangkan perkara ini kerana tidak mendatangkan faedah pun. Saya telah lama belajar mengenal diri sendiri sebelum cuba menyalahkan orang lain. Cuma pinta saya ialah fahamkan balik apa yang saya tulis dalam MyCallsign tu. Tiada niat saya berkata 9M tu berlagak tetapi tujuan segelintir 9W yang beriya-iya nak hapuskan CW tu. Mengapa? Nak berasa megah diri bila dapat 9M secara mudah? Itu maksud saya.
Puan harus ingat bahawa golongan '9M segera' ini la yang mungkin dan bakal merosakkan nama baik 9M tulen yang bersusah payah untuk belajar dan lulus CW. Ibarat orang membeli lesen memandu. Lesen sama tetapi etika memandu tiada. Sudahnya kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Mungkin ada '9M segera' atau 9W yang terasa panas hati dan telinga akan komen saya ni tapi itulah hakikatnya. 1 tahun kebaikan kita boleh hilang disebabkan 1 saat kita buat kesilapan. Cukup untuk orang menghukum kita sepanjang hayat.
Saya susun sepuluh jari harap maaf jika Puan atau 9M tulen yang terasa hati kerana saya tak bermaksud begitu sedari awal lagi.
73 & 88 de 9W2TDL
buang yg keruh amik yg jernih..baru teguh peribadi..ewwaaa!! cam P. Ramlee plak rasa.. huhuhu
Puan Hanizah,
Satu aduan rasmi telah dibuat kepada MCMC mengenai blog Puan. Ini bertujuan untuk menghalang pihak Puan, keluarga, saudara-mara atau mana-mana rakan Puan dari terus membuat atau menulis apa-apa kenyataan berbaur fitnah, hasutan serta kebencian terhadap diri saya, nama saya, callsign saya atau apa sahaja yang berkaitan secara sedar atau tidak. Puan diberi tempoh 48 jam dari 'time stamp' ruangan komen ini untuk memadamkan segala artikel Puan terhadap diri saya, nama saya serta callsign saya dan memohon maaf secara terbuka kepada saya pada blog Puan. Laporan polis serta tindakan guaman akan diambil melalui saluran undang-undang jikalau pihak Puan gagal berbuat seperti apa yang diminta selepas tempoh 48 jam berakhir. Harus diingat bahawa pihak Puan bertanggungjawab sepenuhnya atas segala artikel yang ditulis dalam blog Puan.
Post a Comment