CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
I

Saturday, February 20, 2010

Al kisahnya CW

lamanya saya tidak menjengah blog ni..sejak mula kenal dengan facebuk, saya mula ketagih dengan games yg bermacam2 dan hampir melupakan cinta pertama saya iaitu menulis. kesempatan yang ada selepas magrib tadi saya gunakan untuk membuka mycallsign network, yg sekian lama tenggelam kerana khabarnya bertukar server. entahlah, saya pun tidak pasti...


(petikan dari mycallsign.network)
mansuhkan ujian cw!
Taken from NCI website: http://nocode.org/

1. Morse code is just another mode and should not be afforded any special priority over others. It is available to those who wish to use it. Morse proficiency should not be required for those who do not wish to use the mode.

2. Manual radiotelegraphy communications has been superceded by more modern, reliable, accurate, faster and efficient means of communication.... See More

3. Requiring manual telegraphy proficiency is not compatible with the radio amateur's mandated objective of contributing to the advancement of the radio art.

4. No evidence exists that Morse proficiency is an indicator of a desirable, motivated or better qualified operator.

5. The Morse code requirement serves as an advancement barrier to many otherwise qualified individuals.

6. The value of Morse code communications in the Amateur Service is primarily recreational in nature and manual telegraphy proficiency should no longer be a compulsory licensing requirement for any class of Amateur Radio license.

terbatuk2 saya semasa membaca satu artikel bertajuk "mansuhkan CW" paparan seorang rakan HAM, yang mana artikel ini dipetik olehnya dari website NCI. tertanya2 juga kenapa begitu beria2 segelintir sahabat kita nak suruh MCMC mansuhkan CW test? terlalu sukarkah atau test ini adalah suatu benda yg karut? membuang masa, tenaga dan wang?


9W2TDL beri komen pada 18 February 2010 11:56 AM :
Secara peribadi pada pendapat saya CW tak seharusnya dihapuskan. Kenapa perlu dihapuskan? Sebab susah nak dapat lesen kelas A begitu? Kalau senang nak dapat lesen kelas A maka pupus lah semua lesen kelas B di Malaysia.

Kenapa nak sangat lesen kelas A? Sebab boleh berkomunikasi di frekuensi yang lebih rendah begitu? Rasanya nak bermegah dengan 9M tu mungkin tidak kerana diwaktu tu semua ham radio dah dapat 9M. Tak thrill dah... Macam beli patin bela aje. Mudah kalau nak banding digigit nyamuk dan agas bila pancing patin muncung.

Tak payah susah-susah nak mintak MCMC hapuskan CW. Siapa nak belajar CW teruskan. Ujian tu cuma sebagai satu pengiktirafan yang menyatakan bahawa Si Polan ni mahir menggunakan CW. Itu aje. Dengan itu dia layak memegang lesen kelas A dengan beberapa kelebihan. Kalau dia nak berlagak pun ikut suka dia la. Tidak-tidak pun dia kena pulau dengan kawan-kawan. Betul tak?

Pemegang lesen kelas B sepatutnya memohon secara baik pada MCMC supaya memberi kelonggaran untuk kita berkomunikasi difrekuensi yang sama dengan kelas A TETAPI dengan beberapa syarat contohnya tidak boleh melebihi 30W PEP. Bila MCMC dah bagi lampu hijau lepas tu pandai-pandai la kalau nak QRO. Nak pulun 3kW PEP pun pulun la. Pandai makan pandai la simpan. Bukannya takde lesen B yang pulun 1kW++ kat 10 meter. Ada... Taknak sebut nama aje hehehe... Kelas B sekarang pun berapa kerat aje pun yang main kat 10 meter? Mungkin sebab kos rig yang agak tinggi jadi penghalang.

Dizaman sekarang ni CW tu ibarat sebuah kukur kelapa zaman P. Ramlee. Nak dibuang sayang rasanya. Simpan je la kat celah dapur. Siapa pandai guna boleh la masuk sukan rakyat anjuran JKKK. Untung-untung jadi juara.

Cuma diharap kalau semuanya berjalan lancar jangan la pulak HF band dipenuhi dengan lanun-lanun dari Malaysia. Cukup la dengan lanun dari negara jiran. Mereka boleh berkaraoke kat 40 meter!

Fikir-fikirkanlah...

seorang sahabat,yg juga rakan ham ( 9w2tdl) ,memberikan komen terhadap artikel itu. memetik kata2 beliau
1.
Rasanya nak bermegah dengan 9M tu mungkin tidak kerana diwaktu tu semua ham radio dah dapat 9M. Tak thrill dah... Macam beli patin bela aje. Mudah kalau nak banding digigit nyamuk dan agas bila pancing patin muncung.
komen saya :
semua orang dah dapat 9M? agak2 sapa nak bagi kalo x pegi amik test? tapi x tau la kot2 ada pak saudara sapa2 yang jadi pengarah MCMC, mungkin anda dapat 9M free...
beli patin bela la bagus..bezanya? orang beli patin bela ni x pyh susah2 p memancing. kemudahan ada..kedai jual patin bela belambak2..beli je la..

2. Dizaman sekarang ni CW tu ibarat sebuah kukur kelapa zaman P. Ramlee. Nak dibuang sayang rasanya. Simpan je la kat celah dapur. Siapa pandai guna boleh la masuk sukan rakyat anjuran JKKK. Untung-untung jadi juara.
komen saya:
saya rasa bukan setakat kukur kelapa tu je yang zaman P Ramlee, mentaliti anda pun macam zaman P. Ramlee. kesiannnn...

3.
Kalau dia nak berlagak pun ikut suka dia la. Tidak-tidak pun dia kena pulau dengan kawan-kawan. Betul tak?
komen saya :
saya selalu mendengar orang kata, kalau dah dapat lesen 9M ni, kawan2 makin kurang. malah ada seorang sahabat pernah berbisik pada saya "itu la 9M2AR (cikgu rahman)..bukan ada kawan tu..sombong.." dan malangnya saya percaya pada kata2 beliau. tapi setelah saya masuk ke dunia 9M ni, baru saya paham kenapa orang kata 9M2AR sombong, x berdunia dengan org, mengada2 cakap org putih..rupa2nya kawan kita akan makin ramai bila kita jadi 9M. bukan setakat duk setapak atau kuantan je..boleh sampai eropah, jepun, south africa dan macam2 lagi la. kalau bagi tau pun bukan anda nak tau.jadi kalau ada kawan yang pulau 9m ni, x de nak heran pun. its a blessing in disguise. Tuhan akan temukan kita ngan kawan yang lain...

KESIMPULANNYA
memang CW itu suatu benda yang susah. dan saya mengambil masa selama lebih kurang sebulan lebih untuk belajar CW. karut? mungkin YA bagi orang yang tidak boleh menguasainya.
2. CW tidak buang masa, tenaga dan wang. akan tetapi kalau kita pergi test tapi huruf2 a-z pun x ketahuan hala lagi memang buang masa la. logiknya kalau kita nak pi lawan pedang tapi pedang tumpul, boleh ka? itu baru kita kata KARUT.
jika anda mempunyai kemahiran CW, ia adalah sesuatu yang boleh anda banggakan. x payah nak teruk2 pulun 40wpm, cukuplah 12 @ 10wpm. tapi kalau boleh lebih drpd itu, tahniah. masalahnya sekarang ialah people who condemned CW are people who dont know CW. jadi kekadang bila ada orang lebih skit dari dia, masalah la.rasa tercabar?mungkin..
xpe, buat rakan2 yang sedang bergelut dengan kelas CW tahniah, dan teruskanlah. usah hiraukan nyanyian sumbang di sekeliling anda.
buat rakan yang kata "CW ibarat kukur kelapa di zaman P.Ramlee" tu, saya ucap takziah. kukur kelapa pun x pe la..paling2 kurang bulih buh kat muzium..mahal jugak hargenye...anda tu bila lagi nak bertempur di cyberjaya?



4 comments:

9M2YAS said...

Peh! ayat power ni!!!
de 9M2YAS

Kelab Radio Amatur SMK Lembah Bidong said...

oja.. aku nk try amik 9m lak... tolong sain rekemen lesen b leh?

admin said...

Assalamualaikum Puan Hanizar,

Rasanya komen saya di MyCallsign yang Puan siarkan dalam blog Puan ini telah disalah tafsirkan oleh Puan. Tidak sekali pun saya menyebut untuk dihapuskan ujian CW didalamnya jadi mengapa perlu Puan terasa hati akan segala tulisan saya itu? Itu adalah pandangan saya sahaja TANPA MENYENTUH ATAU MENYEBUT MANA-MANA NAMA INDIVIDU ATAU CALLSIGN. Bahasa yang saya gunakan lebih kepada berkias yang mana jika dibaca dengan cermat Puan akan faham apa yang saya maksudkan.

Rasional mengapa saya berkata:

1.) "Rasanya nak bermegah dengan 9M tu mungkin tidak kerana diwaktu tu semua ham radio dah dapat 9M. Tak thrill dah... Macam beli patin bela aje. Mudah kalau nak banding digigit nyamuk dan agas bila pancing patin muncung.
komen Puan :
semua orang dah dapat 9M? agak2 sapa nak bagi kalo x pegi amik test? tapi x tau la kot2 ada pak saudara sapa2 yang jadi pengarah MCMC, mungkin anda dapat 9M free...
beli patin bela la bagus..bezanya? orang beli patin bela ni x pyh susah2 p memancing. kemudahan ada..kedai jual patin bela belambak2..beli je la.."

-- Tidak ada satu perkataan pun yang saya nyatakan semua 9M tu bermegah dengan kelas mereka. Yang saya maksudkan ialah jikalau nak dapat 9M tu mudah sangat maka dimana thrillnya belajar segala ilmu CW tu? Kalau mudah sangat nak dapat dah lama saya naiktaraf kelas dan mungkin pada waktu tu 9W cuma tinggal sejarah. Ibarat membeli ikan patin bela dipasaraya dengan memancing sendiri patin liar disungai. Ikannya sama tapi lazat dan halus dagingnya berbeza bila masak gulai tempoyak.

2.) "Dizaman sekarang ni CW tu ibarat sebuah kukur kelapa zaman P. Ramlee. Nak dibuang sayang rasanya. Simpan je la kat celah dapur. Siapa pandai guna boleh la masuk sukan rakyat anjuran JKKK. Untung-untung jadi juara.
komen Puan:
saya rasa bukan setakat kukur kelapa tu je yang zaman P Ramlee, mentaliti anda pun macam zaman P. Ramlee. kesiannnn..."

-- Seperti yang saya ulas diatas, saya tak sebut atau mengutuk mana-mana individu termasuk diri Puan kerana sebagai ham operator saya lebih suka bersikap optimis dari pesimis. Rasanya Puan biasa dan mungkin pernah menyertai DX Contest kan? Saya juga menggunakan CW untuk contest dengan ihsan rakan 9M atau menggunakan callsign kelab. Letih jari tangan mengetuk paddle saya berpindah gunakan PC. Ibarat berpindah dari kukur tradisonal ke kukur elektrik. Hasilnya sama tetapi seninya aje berbeza. Ada saya tulis suruh hapuskan CW tak? Atau tulis mentaliti Puan macam mentaliti orang kuno? Tiada bukan?

*limitation 4096 characters. continued on next comment.

admin said...

3.) "Kalau dia nak berlagak pun ikut suka dia la. Tidak-tidak pun dia kena pulau dengan kawan-kawan. Betul tak?
komen Puan :
saya selalu mendengar orang kata, kalau dah dapat lesen 9M ni, kawan2 makin kurang. malah ada seorang sahabat pernah berbisik pada saya "itu la 9M2AR (cikgu rahman)..bukan ada kawan tu..sombong.." dan malangnya saya percaya pada kata2 beliau. tapi setelah saya masuk ke dunia 9M ni, baru saya paham kenapa orang kata 9M2AR sombong, x berdunia dengan org, mengada2 cakap org putih..rupa2nya kawan kita akan makin ramai bila kita jadi 9M. bukan setakat duk setapak atau kuantan je..boleh sampai eropah, jepun, south africa dan macam2 lagi la. kalau bagi tau pun bukan anda nak tau.jadi kalau ada kawan yang pulau 9m ni, x de nak heran pun. its a blessing in disguise. Tuhan akan temukan kita ngan kawan yang lain..."

-- Fahamkan balik perenggan kedua apa yang saya post di Mycallsign itu. Persoalannya sekarang mengapa ada segelintir 9W yang beriya-iya nak CW dihapuskan? Saya tak fikir ianya perlu dihapuskan. Jadi untuk apa? Nak bermegah dengan callsign 9M? Saya pun ramai kawan-kawan yang 9M tapi tak kira la siapa pun walau 9W sekalipun kalau tak reti nak bergaul dengan masyarakat baik duduk diam-diam kat celah dapur. Kalau bercakap atau menulis dalam blog dan laman web seolah-olah dia sahaja yang hebat tanpa memikirkan perasaan rakan ham yang lain, perlukah individu begitu dibuat kawan? Mungkin mereka berasakan pabila mereka silent key nanti rakan-rakan ham mereka dari merata dunia akan datang untuk kebumi dan bacakan talkin serta doa? Orang Setapak serta Kuantan ni buat semak aje...

4.) Komen Puan :
" usah hiraukan nyanyian sumbang di sekeliling anda.
buat rakan yang kata "CW ibarat kukur kelapa di zaman P.Ramlee" tu, saya ucap takziah. kukur kelapa pun x pe la..paling2 kurang bulih buh kat muzium..mahal jugak hargenye...anda tu bila lagi nak bertempur di cyberjaya?"

-- Puan, kukur kelapa saya dah moden. Mahal sikit dari kukur tradisonal. Gunanya tetap sama. Sedap bila makan ubi kayu panas cicah isi kelapa dengan gula pasir. Kita berkongsi hobi yang sama dan hidup dalam abad ke 21. Tak kira bagaimana cara pun diaplikasikan hobi tersebut hasilnya tetap satu; KOMUNIKASI. Perlu ke kutuk-mengutuk dan saling membenci antara satu sama lain? Saya takkan meminta Puan memohon maaf kepada saya. Ini blog Puan jadinya Puan boleh tulis apa sahaja. Cuma sebagai sesama Islam tu saya maafkan Puan terlebih dahulu atas apa yang Puan tulis terhadap saya. 9W2TDL tu saya seorang sahaja yang pakai dan bukan callsign kongsi ramai-ramai. Kalau Puan mempunyai perasaan dan rasa hormat pada diri sendiri saya minta cara baik ditarik balik artikel tersebut dari blog Puan. Terima kasih saya ucapkan. Cabaran Puan saya sahut cuma masanya aje belum tiba. Insya Allah perjuangan mesti diteruskan.

Wassalam
de 9W2TDL