tuan-tuan,puan-puan,saudara,saudari,pembaca blog (yang tidak seberapa ini),dan rakan-rakan sehobi, baik berlesen mahupun dalam proses berlesen..
tulisan dalam blog saya semalam yang bertujuan untuk menyatakan pendirian saya terhadap tulisan yang telah ditulis oleh 9w2dotdotdot (bukan callsign sebenar) telah mendapat 3 maklumbalas yang berbeza-beza dari 2 orang yang berbeza. saya ulang hanya 2 orang, dan 3 komen.bukan 200 orang dan 3000 komen. sikit sahaja kalau nak bandingkan blog yang kutuk pemerintah negara atau blog yang menyentuh sensitiviti antara kaum.
komen pertama saya terima dari watak utama tulisan saya pada 1 april 2010 jam 9:59 malam. komen kedua 9m2ody pada hari ini jam 11:50 pagi. saya tidak memberikan respon kepada kedua2 komen tersebut kerana sedari awal watak utama dalam tulisan saya sudahpun membuat komen yang saya rasa seolah-olah nak tutup kes ni. sehinggalah blog saya dibuka dan komen ketiga saya baca.
seperti yang anda,pembaca blog saya yg tidak seberapa ini maklum, satu aduan kepada pihak MCMC telah dibuat mengenai blog saya. ini adalah untuk menghalang saya atau mana2 individu ( as if saya ni macam orang penting yang boleh pengaruhi orang lain ) membuat kenyataan berbaur fitnah terhadap watak utama tulisan saya.
saya diberi tempoh selama 48 jam untuk memadamkan segala tulisan2 yang berkaitan dengan watak utama tulisan saya atau TINDAKAN POLIS AKAN DIAMBIL TERHADAP SAYA.
saya mula terfikir...saya kah yang memulakan semuanya ini? satu kesilapankah jika saya menulis respon saya terhadap tulisan yang terlebih dahulu ditulis oleh orang lain? adakah kemarahan pihak watak utama disebabkan oleh kerana saya telah menulis callsign beliau secara terang-terangan, tanpa selindung? sepatutnya saya hanya perlu menyebut si polan @ si A @ si bodoh sombong?
otak saya masih berfikir...kalau saya tidak menulis callsign sebenar beliau sebaliknya hanya menulis si polan sahaja, mungkin saya boleh hentam dia dengan lebih teruk..sebabnya orang tak tau saya kutuk siapa...seperti yang telah dikomen oleh watak utama tulisan saya bahawa beliau tidak menuduh sesiapa, tidak tulis mana2 callsign pun dalam tulisan beliau. adakah dengan alasan "tidak menuduh sesiapa @ tidak sebut mana2 callsign" merupakan satu lesen besar untuk mengutuk, merendah, memperli orang lain? entahlah..dunia semakin hampir nak terbalik..kebenaran selalunya pahit untuk ditelan...
jika benarlah bagai yang ditulis dalam komen ketiga post saya yang lepas, pihak berkuasa akan mengambil tindakan undang2 terhadap saya...maka bermulalah satu cerita " blog 9m2out disita; penulis disaman".
dan pencarian untuk seorang lawyer pun bermula...
Friday, April 2, 2010
kerana aku perempuan
Posted by Ticer Oja at 11:08 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment