CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
I

Saturday, February 20, 2010

Al kisahnya CW

lamanya saya tidak menjengah blog ni..sejak mula kenal dengan facebuk, saya mula ketagih dengan games yg bermacam2 dan hampir melupakan cinta pertama saya iaitu menulis. kesempatan yang ada selepas magrib tadi saya gunakan untuk membuka mycallsign network, yg sekian lama tenggelam kerana khabarnya bertukar server. entahlah, saya pun tidak pasti...


(petikan dari mycallsign.network)
mansuhkan ujian cw!
Taken from NCI website: http://nocode.org/

1. Morse code is just another mode and should not be afforded any special priority over others. It is available to those who wish to use it. Morse proficiency should not be required for those who do not wish to use the mode.

2. Manual radiotelegraphy communications has been superceded by more modern, reliable, accurate, faster and efficient means of communication.... See More

3. Requiring manual telegraphy proficiency is not compatible with the radio amateur's mandated objective of contributing to the advancement of the radio art.

4. No evidence exists that Morse proficiency is an indicator of a desirable, motivated or better qualified operator.

5. The Morse code requirement serves as an advancement barrier to many otherwise qualified individuals.

6. The value of Morse code communications in the Amateur Service is primarily recreational in nature and manual telegraphy proficiency should no longer be a compulsory licensing requirement for any class of Amateur Radio license.

terbatuk2 saya semasa membaca satu artikel bertajuk "mansuhkan CW" paparan seorang rakan HAM, yang mana artikel ini dipetik olehnya dari website NCI. tertanya2 juga kenapa begitu beria2 segelintir sahabat kita nak suruh MCMC mansuhkan CW test? terlalu sukarkah atau test ini adalah suatu benda yg karut? membuang masa, tenaga dan wang?


9W2TDL beri komen pada 18 February 2010 11:56 AM :
Secara peribadi pada pendapat saya CW tak seharusnya dihapuskan. Kenapa perlu dihapuskan? Sebab susah nak dapat lesen kelas A begitu? Kalau senang nak dapat lesen kelas A maka pupus lah semua lesen kelas B di Malaysia.

Kenapa nak sangat lesen kelas A? Sebab boleh berkomunikasi di frekuensi yang lebih rendah begitu? Rasanya nak bermegah dengan 9M tu mungkin tidak kerana diwaktu tu semua ham radio dah dapat 9M. Tak thrill dah... Macam beli patin bela aje. Mudah kalau nak banding digigit nyamuk dan agas bila pancing patin muncung.

Tak payah susah-susah nak mintak MCMC hapuskan CW. Siapa nak belajar CW teruskan. Ujian tu cuma sebagai satu pengiktirafan yang menyatakan bahawa Si Polan ni mahir menggunakan CW. Itu aje. Dengan itu dia layak memegang lesen kelas A dengan beberapa kelebihan. Kalau dia nak berlagak pun ikut suka dia la. Tidak-tidak pun dia kena pulau dengan kawan-kawan. Betul tak?

Pemegang lesen kelas B sepatutnya memohon secara baik pada MCMC supaya memberi kelonggaran untuk kita berkomunikasi difrekuensi yang sama dengan kelas A TETAPI dengan beberapa syarat contohnya tidak boleh melebihi 30W PEP. Bila MCMC dah bagi lampu hijau lepas tu pandai-pandai la kalau nak QRO. Nak pulun 3kW PEP pun pulun la. Pandai makan pandai la simpan. Bukannya takde lesen B yang pulun 1kW++ kat 10 meter. Ada... Taknak sebut nama aje hehehe... Kelas B sekarang pun berapa kerat aje pun yang main kat 10 meter? Mungkin sebab kos rig yang agak tinggi jadi penghalang.

Dizaman sekarang ni CW tu ibarat sebuah kukur kelapa zaman P. Ramlee. Nak dibuang sayang rasanya. Simpan je la kat celah dapur. Siapa pandai guna boleh la masuk sukan rakyat anjuran JKKK. Untung-untung jadi juara.

Cuma diharap kalau semuanya berjalan lancar jangan la pulak HF band dipenuhi dengan lanun-lanun dari Malaysia. Cukup la dengan lanun dari negara jiran. Mereka boleh berkaraoke kat 40 meter!

Fikir-fikirkanlah...

seorang sahabat,yg juga rakan ham ( 9w2tdl) ,memberikan komen terhadap artikel itu. memetik kata2 beliau
1.
Rasanya nak bermegah dengan 9M tu mungkin tidak kerana diwaktu tu semua ham radio dah dapat 9M. Tak thrill dah... Macam beli patin bela aje. Mudah kalau nak banding digigit nyamuk dan agas bila pancing patin muncung.
komen saya :
semua orang dah dapat 9M? agak2 sapa nak bagi kalo x pegi amik test? tapi x tau la kot2 ada pak saudara sapa2 yang jadi pengarah MCMC, mungkin anda dapat 9M free...
beli patin bela la bagus..bezanya? orang beli patin bela ni x pyh susah2 p memancing. kemudahan ada..kedai jual patin bela belambak2..beli je la..

2. Dizaman sekarang ni CW tu ibarat sebuah kukur kelapa zaman P. Ramlee. Nak dibuang sayang rasanya. Simpan je la kat celah dapur. Siapa pandai guna boleh la masuk sukan rakyat anjuran JKKK. Untung-untung jadi juara.
komen saya:
saya rasa bukan setakat kukur kelapa tu je yang zaman P Ramlee, mentaliti anda pun macam zaman P. Ramlee. kesiannnn...

3.
Kalau dia nak berlagak pun ikut suka dia la. Tidak-tidak pun dia kena pulau dengan kawan-kawan. Betul tak?
komen saya :
saya selalu mendengar orang kata, kalau dah dapat lesen 9M ni, kawan2 makin kurang. malah ada seorang sahabat pernah berbisik pada saya "itu la 9M2AR (cikgu rahman)..bukan ada kawan tu..sombong.." dan malangnya saya percaya pada kata2 beliau. tapi setelah saya masuk ke dunia 9M ni, baru saya paham kenapa orang kata 9M2AR sombong, x berdunia dengan org, mengada2 cakap org putih..rupa2nya kawan kita akan makin ramai bila kita jadi 9M. bukan setakat duk setapak atau kuantan je..boleh sampai eropah, jepun, south africa dan macam2 lagi la. kalau bagi tau pun bukan anda nak tau.jadi kalau ada kawan yang pulau 9m ni, x de nak heran pun. its a blessing in disguise. Tuhan akan temukan kita ngan kawan yang lain...

KESIMPULANNYA
memang CW itu suatu benda yang susah. dan saya mengambil masa selama lebih kurang sebulan lebih untuk belajar CW. karut? mungkin YA bagi orang yang tidak boleh menguasainya.
2. CW tidak buang masa, tenaga dan wang. akan tetapi kalau kita pergi test tapi huruf2 a-z pun x ketahuan hala lagi memang buang masa la. logiknya kalau kita nak pi lawan pedang tapi pedang tumpul, boleh ka? itu baru kita kata KARUT.
jika anda mempunyai kemahiran CW, ia adalah sesuatu yang boleh anda banggakan. x payah nak teruk2 pulun 40wpm, cukuplah 12 @ 10wpm. tapi kalau boleh lebih drpd itu, tahniah. masalahnya sekarang ialah people who condemned CW are people who dont know CW. jadi kekadang bila ada orang lebih skit dari dia, masalah la.rasa tercabar?mungkin..
xpe, buat rakan2 yang sedang bergelut dengan kelas CW tahniah, dan teruskanlah. usah hiraukan nyanyian sumbang di sekeliling anda.
buat rakan yang kata "CW ibarat kukur kelapa di zaman P.Ramlee" tu, saya ucap takziah. kukur kelapa pun x pe la..paling2 kurang bulih buh kat muzium..mahal jugak hargenye...anda tu bila lagi nak bertempur di cyberjaya?